KETIKA sebahagian besar warga kota masih lena diulit mimpi, masih ada
golongan yang melilau mencari rezeki di luar tanpa mengenal erti penat
lelah dan bahaya.
Pemandu teksi antara yang bersengkang mata dan bergadai nyawa mendepani segala risiko apabila keluar mengambil dan menurunkan sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan jalan ini.
Ada juga pemandu teksi mempersiapkan diri untuk memulakan tugas walaupun ketika itu matahari belum terbit dan keluar sejurus subuh bagi memulakan pencarian pendapatan setiap hari. Perkara ini menjadi kelaziman pemandu yang memilih untuk bertugas pada waktu siang.
Sememangnya kerjaya pemandu teksi menjanjikan pendapatan lumayan, tetapi ia menuntut pengorbanan masa yang lebih.
Begitu juga Mohd Fairuz Ahmad Jahari, 34, antara ribuan pemandu teksi di Lembah Klang yang terpaksa mengorbankan sebahagian tidurnya demi mencari sesuap nasi.
Katanya, rutin hariannya sebagai pemandu teksi membawa dan mengambil penumpang di laluan antara Kelana Jaya dan Bandar Utama.
“Saya bangun jam 5.30 pagi dan selepas solat Subuh, saya mempersiapkan diri dan anak. Pada jam 6.15 pagi pula saya keluar rumah untuk menghantar isteri ke tempat kerja serta dua anak ke sekolah dan rumah pengasuh,” katanya.
Fairuz berkata, selepas semuanya selesai, dia mula membawa teksi pada jam 7 pagi di kawasan berdekatan laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) untuk mencari penumpang yang mahu mendapatkan khidmatnya.
Menurut Fairuz, dia berehat pada jam 1.15 tengah hari, menunaikan solat Zuhur sebelum melelapkan mata selama setengah jam supaya tidak mengantuk apabila membawa penumpang.
“Saya mencari pelanggan untuk beberapa jam dan pada jam 4 petang, tiba masa menunaikan tanggungjawab mengambil isteri dan anak dari tempat kerja dan sekolah serta rumah pengasuh.
“Setelah semua selesai, pada jam 5 petang kami sekeluarga tiba di rumah di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway,” katanya menceritakan rutin harian bagi mencari nafkah buat isteri dan anaknya.
Pengalaman sama juga dialami Mohd Hashim Mohd Yatim, 53, yang menjadi pemandu teksi selama 28 tahun.
“Sebagai pemandu teksi, saya bebas menggunakan masa kerana tidak terikat, tetapi perlu berdisiplin, jika tak, tiada pendapatan.
“Kalau mahu mendapatkan sumber lebih, kita perlu kerja lebih, tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas,” katanya ketika ditemui di Terminal Putra Gombak, baru-baru ini.
Mohd Hashim berkata, dia tidak pernah merungut kerana terpaksa keluar awal pagi, malah jika tidak bekerja pun sudah terbiasa bangun awal.
“Seperti pemandu lain, saya keluar seawal jam 6.30 pagi kerana pada masa inilah pendapatan bermula. Isteri dan anak juga faham pekerjaan saya,” katanya yang tinggal di Sri Gombak Indah, Gombak.
Kongsi artikel ini menerusi media sosialPemandu teksi antara yang bersengkang mata dan bergadai nyawa mendepani segala risiko apabila keluar mengambil dan menurunkan sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan jalan ini.

More Sharing ServicesKongsi Artikel
|
Share on facebook Facebook
Share on myspace MySpace
Share on google Google
Share on twitter Twitter

Tiada ulasan:
Catat Ulasan